“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela(agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!”
Surah 61 (As-Saff):14
Kami kawan-kawan beragama Kristian, murid-murid Yesus (Nabi Isa), penolong-penolong Allah.
Kami jemaat yang kecil. Asal-usul kami dari segi agama dan sosial berlainan. Kami mempunyai pekerjaan yang berbeza-beza. Kami sebagai adik-beradik, saudara-saudara seiman hanya mahu mengabdi kepada Allah mengikut kata-kata Yesus sebagaimana tertulis dalam Injil.
Bagi ramai orang, iman bererti pengembangan tradisi dan adat istiadat agama dan budaya yang telah diturunkan daripada nenek moyang tanpa fahaman erti dalamnya. Banyak daripada tradisi-tradisi ini jelas menyangkal ajaran Yesus. Walau bagaimanapun, bagi kami iman adalah kenyataan yang memenuhi setiap bahagian hidup kami.
Kami tidak mempunyai mazhab ataupun organisasi. Setiap hari, kami berkumpul bersama-sama untuk merenungkan Firman Allah supaya boleh memahami kehendak Allah.
Kami menolak struktur hirarki kerana ini bercanggahan dengan Firman Allah dan juga kasih kepada saudara-saudara. Kami sangat pasti bahawa kesatuan yang Allah mahukan di antara mereka yang percaya kepadaNya tidak boleh dijaminkan melalui struktur pemerintahan manusia. Kesatuan ini adalah hasil ketaatan setiap pengikut Kitab Suci. Kami adalah satu kerana setiap seorang daripada kami mahu meninggalkan kepentingan sendiri dan mengikut apa yang Allah telah memperlihatkan bagi semua manusia dalam Kitab Suci.
Iman kami yang berdasarkan Allah yang esa, Tuhan dan Pencipta alam semesta, menyatukan kami. Allah, yang telah menciptakan kita oleh sebab kasihNya kepada kita, adalah asal usul dan juga tujuan hidup kita. Allah telah menyatakan diriNya kepada Ibrahim dan telah berfirman kepada manusia dengan perantaraan nabi-nabi. Wahyu terakhir adalah dalam Yesus dari Narazet (Nabi Isa). Dialah Firman Allah yang abadi (Surah 3:45). Dia telah menjadi manusia untuk memimpin kita di jalan kepada Allah, demi kita.
Kami mengikut jalan yang Dia telah tunjukkan dalam FirmanNya. Dengan mempersembahkan diriNya sepenuhnya, Dia menunjuk kita maksud benar pengabdian kepada Allah dan kepada saudara-saudari seiman.
Laman web kami ditujukan kepada para umat Islam kerana kami tahu bahawa Allah telah utuskan Yesus bagi mengajar kita penyerahan diri yang benar melalui contohNya dan FirmanNya, atau dengan kata lain, bagi mengajar Islam yang benar. Kami ingin menggalakkan para umat Islam membaca dan memahami kata-kata Yesus. Malangnya makna kata-kata ini sering kali telah diherotkan dan salah ditafsirkan sepanjang sejarah sehingga banyak orang Muslim kenal suatu agama Kristian yang tiada kaitan dengan Yesus yang benar.
Kami ingin menarik perhatian anda kepada mesej asal Yesus yang sentiasa sah dan tidak berubah selama-lamanya dan menujukan mesej ini kepada semua orang dari setiap negara. Kami mahu mencontohi dan mempraktikkan kehidupan umat Kristian pertama yang kita baca dalam Alkitab.
“Mereka bertekun dalam pengajaran rasul-rasul dan dalam persekutuan. Dan mereka selalu berkumpul untuk memecahkan roti dan berdoa. Maka ketakutanlah mereka semua, sedang rasul-rasul itu mengadakan banyak mujizat dan tanda. Dan semua orang yang telah menjadi percaya tetap bersatu, dan segala kepunyaan mereka adalah kepunyaan bersama, dan selalu ada dari mereka yang menjual harta miliknya, lalu membahagi-bahagikannya kepada semua orang sesuai dengan keperluan masing-masing. Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam Bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati, sambil memuji Allah. Dan mereka disukai semua orang…” (dari Kisah Para Rasul 2:42-47)